Black Friday Sale: 25% Discount Off All Second Hand Books

Rashid Al Ghannoushi Intelektual-Reformis Gerakan Islam

By: Zulkifli Hasan

Book Condition: Very good
Click here to learn more about Book Conditions

RM19.90 RM14.93

1 in stock

Description

Rashid Al Ghanoushi dilahirkan pada 1941 di perkampungan Hamma, Qabis, Selatan Tunisia. Beliau mendapat pendidikan Universiti Al Zaytun, Tunisia dan Universiti Damsyik dalam bidang falsafah. Beliau juga merupakan graduan Fakulti Pertanian Universiti Kaherah. Al Ghannoushi pernah menyambung pelajaran peringkat sarjana di Sorbonne, Perancis. Rashid Al Ghannoushi merupakan pengasas kepada gerakan Al Nahdah, sebuah gerakan Islam yang sangat signifikan di Tunisia. Beliau pernah dipenjara beberapa kali oleh rejim Habib Borguiba dan akhirnya dijatuhkan hukuman mati pada tahun 1991. Beliau sempat meninggalkan Tunisia dan berpindah ke United Kingdom sebagai buangan politik. Al Ghannoushi kembali ke Tunisia pada 30 Januari 2011 selepas menghabiskan lebih 22 tahun dalam buangan.

Buku 'Rashid Al Ghannoushi Intelektual Reformis Gerakan Islam' ini merupakan antara Siri Tokoh Pemikir Gerakan Islam terbitan ABIM. Bertepatan dengan senario yang berlaku di dunia Islam khususnya di Timur Tengah, Rashid Al Ghannoushi merupakan antara intelektual yang memainkan peranan signifikan dalam merencana dan menerajui kebangkitan rakyat khususnya gerakan Islam. Tersenarai sebagai antara 100 Individu Paling Berpengaruh di Dunia, antara pemikir Muslim terunggul abad ke-20 oleh Profesor Esposito dan Profesor Voll dan penerima anugerah berprestij 'Chatham House Prize' membuktikan pengiktirafan dunia kepada sumbangan dan pengaruh Rashid Al Ghannoushi. Kesemua perbahasan dan perbincangan yang terkandung di dalam buku ini secara tidak langsung membuktikan pengaruh dan signifikasi sumbangan pemikiran Rashid Al Ghannoushi mengenai gerakan Islam, demokrasi, konsep 'Daulah Madaniyah', Shura, hakimiyyah, dakwah, hak-hak asasi manusia, al hurriyah, tata kelola yang baik, pluralisme politik dan beberapa aspek yang lain menjadikan pemikiran dan idea beliau antara yang perlu dirujuk dan dikaji. ISBN:9789671178225

Additional information

Weight 150 g
Dimensions 226 × 150 × 5 mm
Publisher

Format

Language

Language

Book Condition

Published Year

Goodreads Rating

No. of Pages

Book Author

ISBN 9789671178225