Description
Mona adalah pelajar baru yang bertukar ke Sekolah Antarabangsa Tengku Johan. Dia seorang yang gemuk, pemalu dan kurang berkeyakinan. Dia menjadi bahan ejekan Sara kerana tubuh badan yang besar dan kes kemalangan kecil yang menyebabkan dia terhempah ke atas Sara.Dia mendaftar masuk ke kelab Editorial dan berkenalan dengan Engku Ihkwan. Selepas pertemuan singkat itu dia bercita-cita ingin menguruskan badan. Mona berkenalan pula dengan Meeya yang juga jirannya di rumah. Aishah belajar pelbagai perkara baru di sana. Dia juga belajar untuk mix & match pakaian yang ada sebagai langkah terakhir jika tiada yang berpadanan, membuat pakaian lama kelihatan baru dan bermacam lagi. Aishah lebih berkeyakinan selepas pulang ke Malaysia dan menggunakan ilmu yang dipelajarinya untuk menambah koleksi pakaian The Golden Wardrobe. Hasil pertolongan Engku Ikhwan, Meeya berjaya membuka satu perniagaan online yang menyambung penjualan The Golden Wardrobe sebelum ini. Blogshop itu dinamakan The Golden Wardrobe.
Hasil usahanya dan bantuan Mak Jah, Meeya belajar menyulam manik dan labuci. Oleh kerana warna kegemarannya ialah biru, hampir kesemua baju, blaus dan jean disulam dengan labuci biru. Selepas Aishah pulang dari Newcastle, mereka meneruskan perniagaan itu secara sembunyi kerana Datin Mariam tidak suka dan tidak mengizinkan Meeya membuang masa dengan perkara yang tidak menentu. Oleh kerana kepulangan Aishah mendapat liputan hebat disekolah, kumpulan BRAT berasa cemburu kerana nama kumpulan mereka tenggelam dan tidak lagi disebut-sebut. Mereka juga mendapat tahu tentang blogshop The Golden Wardrobe. Mereka berusaha untuk merosakkan reputasi Meeya dan Aishah dengan menghantar pesanan-pesanan yang teruk dan menyebarkan fitnah tentang pakaian-pakaian mereka. ISBN:9789673690398