Description
Melanjutkan pelajaran ke Park Choi College membuka tirai kehidupan yang sebenar, buat Edasha Hanie. Status cucu jutawan di sembunyikan, penampilan biasa menjadi ejekan di kalangan pelajar-pelajar golongan elit di kolejnya.โYou sebenarnya tak layak belajar kat sini. Park Choi College ni cuma sesuai untuk orang bandar dan kaya macam kami je. Tengok pakaian you? EiiiโฆKolotnya...โ kata-kata yang di...lemparkan oleh Emma benar-benar membuatkan darah Edasha mendidih. Melampau! Memang nak kena cili mulut minah mat salih celup ini.
โPrince No Smileโ gelaran yang diberi pada jejaka tampan bernama Tengku Eismael Malik. Wajahnya beku, tiada senyuman yang terlakar dibibirnya itu. Pertemuan Tengku Esmael Malik dengan Edasha Hanie telah mengenalkan erti senyuman pada dirinya. Cinta hadir tanpa dipinta. Namun belum sempat dia meluahkan perasaan, takdir telah memisahkan mereka.
Edasha Hanie bingung, mengapa Tengku Eismael Malik bagaikan tidak mengenali dirinya? Adakah tempoh lima tahun itu telah melenyapkan terus namanya di kotak ingatan lelaki ini?
โEis tak nak libatkan diri dengan perjanjian ni. Eis tak ada perasaan cinta pada Hanie dan Hanie pun sama. Betul kan Hanie?โ โTidak Eis! Aku sebenarnya cintakan kau sejak dulu lagi. Cuma kau yang belum tahu perasaan suci ini.โ Rintih hati Edasha Hanie.
Kini Edasha Hanie akur, cinta Tengku Eismael Malik bukan lagi untuknya, jika sudah tersurat ketentuan Yang Maha Esa, dia reda menerimanya. Tetapi bukan semudah itu dia akan mengalah dengan lelaki yang perasan โmachoโ ini.
โYou ingat I nak sangat ke kat you? Bagi I you tak layak jadi isteri I pun. So, berhenti bermimpi di siang harilah Hanieโฆ!โEdasha Hanie mengepal penumbuknya cuba menahan marah. โMemang nak kena mamat ni. Aku dah lama tak tumbuk orang.โ
โHey, you ingat I excited sangat ke dapat suami macam you. I pun ada maruah okay. You jangan ingat I diam selama ni, I lemah. Jangan nak perasanlah, macamlah kita tergilakan dia sangat, I tak pernah kemaruk kat you lah. Sebenarnya you yang kemaruk sangat kat I sebab itulah you kahwin dengan I bukannya Emma..!โ
Alahai! Ribut sungguh cinta mereka, mudah-mudahan selepas ribut reda, cinta mereka akan bertaut semula. Di waktu itu, walau kulit muka dah berkedut, gigi dah rongak kasih sayang tetap utuh untuk selamanya. ISBN:9789675822049