Description
Kedatangan malaikat ke rumah kita, yakni malaikat rahmat, sangatlah diharapkan dan ditunggu-tunggu. Kalau boleh malaikat itu sentiasa berada di rumah kita kerana ia membawa banyak kebaikan, keberkatan dan juga kesejukan dalam rumah tangga. Bahkan malaikat dapat mengusir jin dan syaitan, dan juga menjaga kita daripada terdedah kepada bahaya.
Namun ada sebab-sebab tertentu yang membuat malaikat menjauh dan enggan masuk ke rumah kita. Untuk mengetahui sebab-sebabnya, bacalah buku ini kerana di dalam buku ini diceritakan dengan jelas dan panjang lebar tentang rumah yang tidak dimasuki malaikat.