Description
Selepas dua tahun setengah lamanya berada di kota New York, perasaan teruja yang ada di hati Tracey mula terkikis. Malah kini, ia cukup membosankan! Memanglah gajinya agak lumayan bekerja di Blaire Barnett Advertising, tetapi hidupnya bagaikan tak bermaya lagi. Sekiranya dia sempat pulang ke rumah sebelum jam sembilan malam pun, biasanya teman baik suaminya Jack semestinya juga ada di apartmen kecil mereka. Memang membosankan! Semuanya menyakitkan hatinya dan kerana itu juga Tracey rasa sudah sampai masanya untuk beralih angin. Sebaik sahaja meletak jawatannya, Tracey dan Jack berpindah ke kawasan luar kota. Malangnya, apa yang berlaku selepas itu tidak seenak yang diidamkan. Tracey mula merindui kawan-kawannya. Malah... dia merindui kerjanya! Jadi, apa sebenarnya yang dia inginkan? Selain daripada menjadi isteri Jack, siapakah dirinya yang sebenar? Mungkinkah ada jalan singkat untuk mencapai apa yang diinginkan itu?
ISBN:9789675367137