Description
Selagi Hayat Dikandung Badan: Lembaran Perjuangan diterbitkan dengan tujuan untuk mengimbas sejarah bangsa Melayu dan mengabadikan kisah perjuangan beberapa tokoh pejuang Melayu yang telah tiada serta tokoh-tokoh yang kini sudah melebihi usia lapan puluh tahun semasa buku ini dikarang, sambil menyelami nilai-nilai perjuangan yang diterapkan dalam diri mereka, cabaran yang dilalui serta strategi yang diatur dalam menyemarakkan perjuangan mereka. Apa yang telah mereka semai perlu disuburkan dan ditambah nilai bagi melonjakkan pencapaian negara kita ke puncak yang lebih tinggi. Kami bersyukur kerana berpeluang merakamkan penceritaan mereka untuk tatapan semua, terutamanya generasi akan datang yang diharap akan meneruskan perjuangan dan pengorbanan mereka dengan memelihara erti sebenar kemerdekaan yang kita kecapi sehingga sekarang.
ISBN:9789675997433