Enjoy 10% OFF ALL Book Orders Over RM150 *

Seni: The Art of Liao Shiou-Ping (Merentasi Rantau/Kepelbagaian Kaedah)

By: Choong Kam Kow

Book Condition: Very good
Click here to learn more about Book Conditions

RM49.90 RM42.42

1 in stock

Description

Balai Seni Negara dengan sukacitanya mengetengahkan Pameran Liao Shiou-Ping dan International Master Print sebagai penghormatan kepada seorang tokoh seni yang terkenal serta diiktiraf di atas sumbangan dalam lukisan seni cetak antarabangsa. Liao Shiou-Ping bukanlah satu nama asing bagi penggiat seni cetak di Taiwan malah beliau merupakan seorang pelukis dan pendidik yang memperkenalkan pelbagai teknik seni cetak mรถden Taiwan bermula dari awal 1960-an.

Merentasi dunia seni cetak, beliau menggabungkan lukisan minyak dengan gabungan pelbagai media bagi mendapatkan kesan visual yang inovatif lagi memberangsangkan. Selain itu, beliau juga mengadakan gabungan estetika Timur dan Barat dan mengubah rupa bentuk objek-objek tradisi seperti isi rumah harian dan komponen-komponen struktur rumah kampung dan rumah berhala menjadi simbol-simbol visual melalui ekspresi seni

Liao Shiou-Ping telah mengadakan lebih daripada 80 pameran solo di New York, Paris, Tokyo dan beberapa negara, Karya-karyanya telah menjadi koleksi muzium-muzium antarabangsa termasuklah British Museum, New York Metropolitan Museum, National Museum of Modern Art (Tokyol, Taipei Fine Arts Museum and Shanghai Museum.

Liao Shiou-Ping diiktiraf sebagai inovator dan kini tersemat dalam sejarah seni Taiwan dan serantau Asia Kesepakatan serantau dalam kesenian melalui kebudayaan yang dibawa telah mewujudkan susur galur antara masyarakat tempatan melalui aspek seni tampak. Semoga pameran ini dapat memberi perkongsian ilmu dan dapat membangkitkan semangat serta keajaiban kepada masyarakat dan dapat dimanfaatkan sebagai rujukan ilmiah kepada pelajar dan peminat seni tanah air

Additional information

Weight 797 g
Dimensions 280 × 241 × 16 mm
Publisher

Format

Language

Language

Book Condition

Published Year

No. of Pages

Book Author

ISBN 9789670914305