Description
Perhimpunan Agung UMNO kali ini dianggap lebih hebat kerana dikatakan akan berlaku satu pertembungan sengit antara sesama sendiri dalam usaha memenangi hati dan undi ahli bagi menerajui pimpinan parti.
Kami beranggapan lebih dari itu, perhimpunan ini bukan semata-mata mencari atau menentukan pucuk pimpinan parti UMNO malahan pimpinan negara yang bernama Malaysia. Kami juga beranggapan di sinilah istimewanya segelintir manusia Melayu yang berjumlah lebih kurang 1500 orang yang bakal mengundi di perhimpunan tersebut. Di tangan merekalah bentuk atau rupa pimpinan yang bakal menerajui negara yang tercinta ini.
Dalam keghairahan berkempen untuk mempertahankan kelompok atau individu tertentu satu hal yang harus disedari ialah adab atau moral. Keputusan atau tindakan tidak harus dibuat berdasarkan khabar-khabar angin, fitnah dan sentimen melulu yang menjadikan sempadan negeri sebagai asas sokongan atau tentangan.
Fitnah yang melibatkan dua individu biasa sudah dianggap lebih besar dosanya daripada membunuh. Apatah lagi fitnah di tengah-tengah kempen mencari pimpinan negara, bukan sahaja boleh membunuh jiwa dan karier seseorang malahan boleh meruntuh sebuah negara jika fitnah sudah dianggap benar.
ISBN:SIAPASELEPASM