Pada saya watak dalam sesebuah puisi itu bukan hanya sekadar menyampaikan pesan tetapi puisi terjadi dan ditulis kerana watak puisi itu mempunyai banyak ragam dan pengertian termasuk sentuhan, keresahan, suasana, harapan dan impian. Puisi itu menjadi terlalu indah oleh kerana adanya watak-watak yang demikian dalam puisi yang memberikan satu kepuasan bila satu-satu puisi itu dapat saya hasilkan. Maka datanglah nikmatnya sambil ikut menikmati antara lagu dan nyanyian, mantera, bunyi, keindahan yang merupakan cerita dari dalam sebuah puisi termasuklah satu kepuasan dalam batin.