Description
Siti Hajar wanita mulia, Insan terpilih dan istimewa, Perintah suami dituruti segala, Diduga Allah meningkat imannya, Biarpun ditinggalkan di lembah tandus dan gersang, Bersama Ismail putera tercinta, Jiwanya tabah menempuh rintangan.
Perintah Tuhan, Hajar laksanakan, Di lembah Bakkah tandus dan kering-kontang, Bekalan makanan sedikit tersisa, Habis semua kembali lapar dan dahaga, Kuasa Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Terpancarlah mata air zamzam, Kurniaan Tuhan berlimpah-limpah.
Bukit Safa dan Marwa menyaksikan keimanan, Berlari-lari tujuh kali Hajar laksanakan, Hikmah di sebalik apa yang dilakukan, Itulah sai dikerjakan insan.
Menunaikan ibadah haji, Diumpamakan insan yang lahir bersifat bersih dan suci, Di kota Mekah manusia mengerumuni, Mengakui kelemahan diri, Dalam sebuah pencarian kehidupan ini, Ibadah korban ditunaikan tanda cinta sejati, Mencari reda daripada Ilahi, Kerana Tuhan adalah.... Yang maha benar dan hakiki.