Description
Ibadah solat adalah Penghulu segala ibadah. Hakikatnya ibadah solat terdiri dari tiga cabang ilmu iaitu Ilmu Tauhid (Iman), Ilmu Figh (Syariat) dan Ilmu Tasauf (Kerohanian).
Ketiga-tiga cabang ilmu ini WAJIB dipelajari sekurang-kurangnya melepasi had Fardhu Ain kerana ianya berjalan serentak ketika mendirikan solat. Kami memberikan contoh latihan-latihan asas di luar solat untuk menggerakkan otak kanan dan kiri pesolat agar berfungsi dengan baik ketika melakukan solat, juga supaya istiqamah berada pada maqam ihsan. Pesolat akan didedahkan dengan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan pada setiap rukun tanpa disedari.
Rukun-rukun solat terdiri dari perkara yang nyata dan yang lain-lain bersangkut paut dengan hati (Tasdiq Bilqalbi), iaitu adanya peranan zahir dan adanya peranan batin. Pesolat kena pastikan bahawa peranan rohani dan jasmani adalah seiringan ketika mendirikan solat.
Kitab kecil ini sesuai dibaca sesiapa sahaja, samada dari peringkat pelajar sekolah menengah hingga ke golongan ahli-ahli kerohanian. Setiap gerak dan diam dalam solat semuanya berdalil syarak bersumberkan Al-Quran & Al-Hadis, kitab-kitab yang masyhur, manuskrip dan lain-lain rujukan amali. Tumpuan utama penerbitan ini adalah supaya pesolat dapat tahu kesalahan-kesalahan yang sering dibuat. Dalam kitab ini diajarkan cara-cara membetulkannya. Semoga kitab ini berada di setiap rumah untuk dijadikan salah satu.rujukan jika terdapat sebarang kekeliruan. In sya Allah.
ISBN:9789671556801