Description
Di antara surah terpenting dari al-Qu'ran yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W ialah surah al-Baqarah (surah kedua dari al-Qu'ran). Di dalamnya terdapat sebuah ayat yang di dalamnya Allah menyatakan tentang Zatnya dan sifat-sifatNya. Ayat ini adalah ayatul-kursi, yang sangat istimewa kerana:
1. Nabi menerangkannya sebagai ayat yang paling
agung dalam al-Quran. 2. Di dalamnya disebutkan nama-nama Allah yang sangat mulia (ismullaahi al-'azam).
3. la melindungi orang yang membacanya dari gangguan syaitan.
4. Muslim yang membacanya tiap kali selepas solat fardhu akan mendapat penjagaan dan perlindungan Allah sehingga solat yang berikutnya.
5. "Barangsiapa membacanya setiap kali selesai solat fardhu, maka hanya kematianlah yang menghalangnya dari memasuki jannah." (Hadith Riwayat at-Thabrani, Ibnu Hibban dan lain-lain)
Syeikhul Islam ibnu Taimiyah berkata: "Tidak ada sebuah ayat dalam al-Qur'an yang menyertakan apa yang terkandung dalam ayatul-kursi."