Description
Adakah kita sedari bahawasanya kita adalah insan terpilih setelah melalui seleksi alam ketika air kehidupan (mani) disemburkan. Berjuang bermati- matian mengalahkan saingan yang juga ingin menjadi 'sang juara' seperti kita. Lahir ke dunia tanpa perasaan takut dan akal fikiran di mana semuanya dapat kita ceduk dan pelajari dalam tempoh kita membesar menjadi dewasa. Sewaktu menganjak dewasa salah satu perkara terpenting yang perlu diterapkan adalah 'input' dan pemikiran positif serta mengelakkan 'input' dan segala perkara negatif masuk ke dalam minda kita.
Ini kerana keperibadian dan hasil terbaik serta kualiti seseorang itu bergantung kepada positif atau negatifnya pemikiran.
Terhasilnya buku ini "Terapi Mujarab Menjana Pemikiran Positif" sebagai pemangkin dan pencerna bagi sesiapa yang ingin mengetahui rahsia bagaimana menjana pemikiran ke arah yang lebih positif justeru menuntun kehidupan yang lebih baik dan berjaya serta menikmati kenikmatan hidup di dunia mahupun akhirat. ISBN:9789674480134