Description
Wakaf adalah satu amalan atau kaedah dalam Islam yang penuh dengan keajaiban dalam mengurangkan kemiskinan sesebuah masyarakat di samping memperkukuhkan ekonomi sesebuah negara. Wakaf juga mampu mengurangkan jurang taraf hidup antara golongan yang kaya dan miskin. Melalui wakaf, pelbagai kemudahan awam dalam sesebuah negara dapat disediakan seperti jalan raya, jambatan, hospital, universiti, perpustakaan dan banyak lagi tanpa menggunakan wang negara.
Sejarah telah membuktikan keajaiban wakaf dalam mengukuhkan ekonomi negara dan taraf hidup rakyat. Kejayaan amalan wakaf yang diamalkan dalam kerajaan-kerajaan Islam lampau seperti Daulah Abbasiyah, Daulah Ayyubiyah, Daulah Uthmaniyah dan sebagainya menjadi saksi utama tentang bertapa ajaibnya amalan wakaf ini.
ISBN: 9789671348437