Description
โMak, kalau Najla nak tanya sikit boleh?โ
โNak tanya apa?โ
โKalaulah Najla ni Mila atau Kak Shidah, adakah mak dan ayah akan buat macam ni juga? Pilihkan bakal suami untuk mereka?โ
โKak Shidah kamu kan dah kahwin . . . โ
โKalau Mila? Mak tergamak ke kahwinkan Mila seawal ini dengan orang yang kerjanya jual ayam aje?โ
โNajla, mak dengan ayah sayang semua anak-anak sama aje. Baik Najla, Mila mahupun Kak Shidah, semuanya mak sayang.โ
Suara Hajah Karimah sudah bertukar serak. Hatinya sedikit sebak kerana daripada pertanyaan Najla itu, tahulah dia yang Najla masih meragui kasih sayangnya sebagai seorang ibu.
โTak apalah mak. Itu aje yang Najla nak tanya. Kalau dah itu kata mak, Najla terima walaupun hati Najla ni kuat mengatakan kalaulah Najla ni Mila, mak dan ayah takkan tergamak buat keputusan macam ni.โ Najla menolak kerusi ke belakang sebelum menaiki tangga untuk kembali ke bilik.
Hajah Karimah memandang belakang Najla yang sudah berlalu dengan mata yang basah.
ISBN: 9789672102267