Description
Ada pemimpin-pemimpin Barisan setelah kekalahan USNO pada tahun 1976 yang lalu ditindas hidup-hidup oleh BERJAYA, hingga dari jawatan seorang pegawai, terpaksa hidup menderita, berkelana dan menjual sayur- sayuran di kaki lima dan di pinggir-pinggir sungai. Tidak damai dan terpaksa berniaga di bibir-bibir sungai di Sabah, terpaksa pula memudiki sungai-sungai di Brunei dan Sarawak. Ketua USNO Sipitang, telah mengalami nasib buruk seperti itu.
Penderitaan tokoh-tokoh Yang Berhormat dari USNO juga menitiskan airmata dalam sejarah perjuangan poli- tik bumiputera di Sabah. Untuk kenangan banyak sekali contoh-contoh diberi dalam buku ini, tetapi sebagai 'se- kapur sirih yang tidak berpinang', nasib yang menimpa Yang Berhormat Encik Salim Bachu, wakil USNO bagi kawasan Kunak harus dinukil dalam sejarah.
Menjelang pilihanraya 1976 yang membawa kejatuh- an Kerajaan USNO, Yang Berhormat Encik Salim Bachu telah menghabiskan lebih dari $200,000 untuk membina sebuah perusahaan 'Kilang Papan'. Beliau sebelum men- jadi calon USNO bukanlah seorang tokoh politik yang telah di'anak emaskan oleh Tun Mustapha'. YB tersebut adalah seorang peniaga bumi yang berdikari serta mem- punyai inisiatif yang tinggi. Tetapi selepas BERJAYA berkuasa YB Encik Salim telah diarahkan membatalkan perusahaannya itu dengan alasan tapak tanah perusaha- an itu dikehendaki oleh Kerajaan...untuk menyelamat- kan kerugian yang telah dilaburkan, beliau telah men- jualkan asas perusahaan awalnya itu kepada seorang ju- tawan Cina dengan harga yang tidak mengembalikan se- bahagian dari modalnya.
Apa yang terjadi selepas pertukaran hak milik itu, jutawan Cina tersebut dibenarkan pula meneruskan indus- tri itu oleh Kerajaan BERJAYA, ditambah lagi dengan pelbagai kemudahan yang menguntungkan...batin rak- yat bumi yang manakah dapat menanggung perasaan ke- cewa dan hampa yang ditanggung oleh Yang Berhormat itu...?? Dan banyak lagi kisah-kisah perjuangan rakyat- pemimpin yang semesti dan selayaknya dinukilkan un- tuk tatapan umum.
Sebab itu dalam daya yang amat sederhana saya me- nulis lagi untuk santapan saudara-saudara pejuang rakyat -dan rakyat Malaysia seluruhnya, untuk mengingati penderitaan dan perjuangan. Semuga ada yang baik dan berguna untuk pengetahuan hidup.