Description
(Siri Perkembangan Undang-Undang di Malaysia Jilid 14)PRAKATA
Undang-undang keluarga Islam ialah undang-undang yang memuatkan peraturan tentang pernikahan dan perkahwinan berlandaskan hukum syara' dengan mengiktiraf pandangan daripada empat mazhab yang terkenal dalam sistem perundang-undangan Islam. Di samping menyediakan peraturan tentang perkahwinan dan pengupacaraan, undang-undang keluarga juga memperuntukkan remedi-remedi yang boleh dituntut dan juga hukuman dalam bentuk denda dan pemenjaraan jika berlaku perlanggaran kepada peraturan yang telah ditetapkan dalam akta atau enakmen. Tidak dapat dinafikan bahawa undang-undang keluarga hanya memperuntukkan peraturan umum dan jika berlaku lakuna dalam undang-undang, rujukan hendaklah dibuat pada hukum syara'.
Semenjak pengkanunan undang-undang keluarga Islam sekitar tahun 1980-an, tidak banyak pindaan yang telah dibuat terhadap undang-undang tersebut melainkan hanya dalam beberapa aspek sahaja. Terdapat banyak perkara dalam undang-undang keluarga yang perlu diberikan perhatian yang serius memandangkan ia akan memberi kesan kepada pemakaian undang-undang tersebut sarna ada dalam menentukan status perkahwinan atau juga tuntutan-tuntutan lain yang berkaitan dengan perceraian dan tuntutan sampingan.
Walaupun undang-undang keluarga Islam mempunyai per- untukan yang komprehensif tentang undang-undang perkahwin- an dan perceraian, jilid ini hanya akan memberi tumpuan kepada beberapa aspek topikal. Perbincangan ditumpukan pada perkara- perkara yang perlu pada tindakan proaktif untuk menyesuaikan undang-undang dengan perubahan masa dan keadaan. Sebagai contohnya, undang-undang tentang upacara atau prosedur perkahwinan, iaitu peruntukan yang sedia ada dilihat sebagai kurang berkesan dalam menangani masalah kahwin lari antara pasangan yang beragama Islam ke negara jiran.