Description
SUATU Akta bagi membuat peruntukan mengenai pentadbiran pencen, ganjaran dan lain-lain faedah bagi pegawai-pegawai dalam perkhidmatan awam dan juga tanggungan mereka.
[1hb Januari 1976]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:
1. Tajuk ringkas, mula berkuatkuasa dan pemakaian.
(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pencen 1980 dan hendaklah disifatkan sebagai telah mula berkuatkuasa pada 1hb Januari 1976.
(2) Akta ini hendaklah dipakai di seluruh Malaysia bagi-
(a) pegawai-pegawai dalam perkhidmatan awam yang telah memilih atau disifatkan telah memilih mana-mana Skim Baru;
(b) pegawai-pegawai dalam perkhidmatan awam yang telah atau adalah dilantik di bawah mana-mana Skim Baru;
(c) pegawai-pegawai dalam perkhidmatan awam yang oleh kerana pilihan mereka adalah terikat dengan mana-mana Skim Baru; atau
(d) pegawai-pegawai sementara dalam perkhidmatan awam yang dilantik sebelum 1hb Januari 1976 dan yang tidak diberi pilihan untuk memilih Skim Baru yang mula berkuatkuasa dari tarikh itu.
ISBN:9789678923729