Description
Usrah? Apa yang anda fikir tentang usrah saat pertama kali mendengar tentangnya? Seram? Untuk orang bajet alim? Untuk orang baik-baik sahaja? Poyo? Skema? Tidak mengapa jika anda mempunyai persepsi seperti itu, kerana saya juga pernah mempunyai persepsi yang serupa saat pertama kali mula mendengar perkataan yang begitu asing sekali, USRAH!Bagaimana pula jika, anda telah mengikuti usrah tetapi masih berasa kosong? Anda telah mengikuti usrah tetapi gagal menjaga hati daripada perkara melalaikan? Anda telah menjadi murabbi tetapi masih sukar mengambil hati mad'u? Buku ini bakal menghidangkan anda tip dan kaedah yang efektif untuk diamalkan sebagai seorang murabbi dan mutarabbi yang menyengat dalam jalan dakwah. Insya-Allah.
ISBN:9789671198988