Description
Kuala Terengganu.
12hb. Oktober 1999.
Dari anjung bilik 215 Hotel Primula, Pak Royal, Pak Habib berdiri seorang diri sambil mencurahkan keseluruhan pandangan ke Laut Cina Selatan yang tenang. Hari sudah hampir senja. Malam sudah hampir tiba seperti tak berapa hari lagi tibanya tahun 2000.
Alangkah cepatnya masa yang dipinjamkan pada kita berlalu.
Tiga puluh tahun yang silam Pak Habib pernah tinggal di hotel yang sama semasa pilihan raya umum untuk menyaksikan pilihan raya umum yang akhirnya mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei.
ISBN:9789839438116