Description
"Kisah-kisah menarik dan menyentuh hati yang berasal daripada kisah benar. Pelbagai hikmah yang dapat kita ambil daripada buku ini, antaranya ada kemudahan setelah kesulitan. Buku ini membuatkan kita semakin yakin akan kasih sayang Allah dan Allah hanya memberikan yang terbaik untuk kita." (Ummi Maya, Penulis buku Kekuatan Doa Ibu.
B uku ini merupakan kumpulan cerita yang sangat menyentuh hati sesiapa sahaja yang membacanya. Jangan berasa malu jika kita menangis ketika membacanya kerana, bukankah air mata yang sering minitis adalah sebahagian daripada keimanan kita kepada Allah?
Berbahagialah jika kita masih mampu menangis tatkala membaca kisah-kisah di dalam buku ini kerana itulah tanda bahawa keimanan masih ada di dalam hati kita. Namun, jika kita tidak mampu menangis, mungkin kita perlu melatih hati agar lebih peka hingga mudah untuk berempati terhadap setiap sesuatu yang berlaku di sekeliling kita.
Semoga buku ini memberi maanfaat kepada kita semua.