Description
Satu episod perjalanan hidup, di mana kamu perlu memberikan sepenuh hati kepada seseorang yang boleh memberi semangat kepada kamu.
Seseorang yang boleh membantu mencungkil potensi kamu, seorang kawan yang sanggup bertarung nyawa demi kamu, dan kamu pun sanggup mati kerananya.
Aku amat bersyukur dilahirkan di dunia ini, walaupun dihiasi dengan pelbagai tangisan.Kerana Aku adalah aku, yang tidak mungkin menjadi orang lain.Aku adalah aku, yang tidak mungkin sama ujian dengan orang lain.Dan aku adalah aku, yang perlu sedar jalan ini untuk aku,bukan orang lain.