Description
Menghimpunkan 140 buah puisi yang dikaryakan oleh 37 orang penulis muda yang berbakat, berpotensi dan mempunyai harapanyang cerah dalam dunia kesusateraan tanah air.
Kekuatan dan keunikan antologi ini terletak kepada kepelbagaian tema dan persoalan hidup yang digarap oleh para penulis dan penyair berbakat ini. Mereka menyentuh persoalan keindahan alam, nasionalisme, keagamaan, semangat perjuangan gigih membela nusa dan bangsa, menghormati jasa ibu dan bapa, intelektualisme dan gelodak rasa dan alam remaja yang sedang mencari haluan dan identiti tersendiri. Puisi-puisi yang terungkap dalam Lambaian Nusa bukan sahaja indah, puitis, menarik, penuh moral dan punya unsur falsafah serta diselitkan dengan panduan unsur pengajaran moral yang baik untuk direnungi dan diteladani oleh pembaca remaja dan masyarakat umum.
ISBN:9836221123